Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Hai.. saya Salleh, blog ini adalah blog pertama kalinya yang di hasilkan oleh Salleh Sanek iaitu aku! Kenapa buat blog ini? saja mahu kongsi-kongsi pendapat dengan sesiapa yang berminat, so yang berminat sajak ok ko. Pada suatu hari, ui... macam pulk karangan BM tau.. saya pernah singgah dekat blog Harian Metro dan terus aku ternampak satu cerita ini, pasal orang Putih mahu jadi KPop. ba.. terus aku hairan, rupa-rupanya ada juga bangsa potek ini mahu jadi Korea².
"dunia ini ada kalanya memang pelik"
-Rujukan: bangsa potek yang bermaksud orang putih adalah terjemahan daripada bahasa Bajau Semporna, kau tahu suda! ok terus kepada tajuk utama Obses jadi KPop:
OBSES JADI LELAKI ASIA! Lelaki Brazil buat pembedahan untuk kelihatan seperti lelaki Korea
Seorang lelaki kulit putih warga Brazil sanggup mengambil risiko menjalani banyak pembedahan plastik dalam usaha kelihatan seperti orang Asia.
Xiahn atau nama asalnya Max, 25, menggemari lagu K-Pop dan drama Korea serta obses untuk kelihatan seperti orang tempatan ketika menyertai program pertukaran pelajar di Korea Selatan.
Tempoh satu tahun di Universiti Dongseo meningkatkan keinginannya untuk mempunyai ‘mata sepet’ dan rambut hitam.
“Saya sering menarik kelopak mata saya ketepi agar kelihatan sepet. Saya mahu ia kelihatan seperti itu,” katanya.
Xiahn menjalani lebih 10 pembedahan untuk mendapatkan rupa yang diidamkan dan membelanjakan hampir RM10,000 untuk kelihatan seperti lelaki Asia.
“Saya rasa kini saya dapat apa yang saya mahukan. Cuma perlu tunggu bengkak pembedahan ini surut untuk mendapatkan hasil akhir. Saya tidak takut jika terjadi sesuatu yang buruk, tetapi bimbang jika terdapat parut di mata yang akan membuatkan saya kelihatan ‘plastik’. Namun, semuanya berjalan baik,” katanya.
Selepas melakukan pembedahan, Xiahn mengenakan kanta lekap berwarna hitam dan mewarnakan rambutnya dengan warna sama Menjawab segala kritikan yang dilemparkan, Xiahn menulis di status di Facebook: “Walau siapapun kita, kita hanya hidup sekali dan perlu jadi sesuatu yang kita inginkan.” Xiahn yang mendapat banyak ‘like’ di Facebook berkata dia terpikat dengan kehidupan di Korea Selatan sejak berusia 19 tahun.
Dia menemui pakar pembedahan plastik di Brazil bagi melakukan beberapa siri pembedahan dan ayahnya menyokong pilihan yang dibuat, namun ibunya tidak memberi galakan.
Jadi kau tahu suda!!
Terima kasih.. sebab sudi singgah di blog Sanek. #SalamSayang dari saya tidak kira lelaki@pempuan ^___-___^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan